Wednesday, August 26, 2009

"KeleBiHaN BerPuaSa"

Salam muhibbah semua :)

Selamat berpuasa kepada yg beragama Islam, jangan ponteng puasa tau nti xleh raya he3..



Kelebihan puasa dari kajian sains
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.”(Surah Al-Baqarah;183)


Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan.

Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996.

Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.Hasil kajian tersebut mendapati berpuasa dapat merawat beberapa jenis penyakit ,antaranya
menurunkan gula darah, tekanan darah,dan berat badan.

Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika;
“Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa

Thursday, August 20, 2009

UcaPaN "SALAM RAMADHAN" tuk suma KomPang FaMiLY..


Ramadhan tiba, ramadhan tiba,
Marhaban ya Ramadhan, Marhaban ya ramadhan,


Mcm kenal je lirik lagu kat atas tu :S



Dari meja MoDeRaTor mewakili organisasi Persatuan Kompang IPGM Kam. Keningau mengucapkan Salam Ramadhan tuk anda semua..Slamat berpuasa, Puasa jgn x puasa2x..

SELAMAT BERCUTI n Enjoy Ur Holiday...JuMPa Lagi

Wednesday, August 19, 2009

PeRsaTuan KomPanG S.K. Kg. Biah, Adik Angkat Kita!

BeriTa TerKinI..


Persatuan Kompang S.K. Kg Biah telah ditubuhkan pada 21 Julai 2009 bersama-sama oleh pelatih IPGM Kam Keningau dan guru penasihatnya Cikgu Shawal B Mokhtar. Persatuan ini dianggotai oleh 10 orang ahli yang terdiri daripada murid-murid tahun 4 Sek. Keb. Kg Biah, Keningau. Kemahiran lagu asas seperti asembel, berarak dan kacang gorang telah dikuasai dengan baik oleh ahli-ahlinya. Sesi pengukuhan diteruskan oleh ahli persatuan Kompang IPGM yang sedang PBS di sana.


(Ahli persatuan kompang S.K. Kg. Biah)

Penasihatnya Cikgu Shawal B Mokhtar meminta kerjasama pihak Persatuan Kompang IPGM untuk terus menjalinkan kerjasama dengan menjadikan persatuan kompang S.K. Kg Biah sebagai adik angkat kepada Persatuan Kompang IPGM Kam Keningau, Sabah. TAHNIAH kepada Kompang Family, kita telah lebarkan sayap..


(Pelatih IPGM yg berpraktikum dan PBS d S.K. Kg. Biah, Keningau, Sabah)


Disediakan oleh;

SuBRi,
AJK Info Kompang

Monday, August 17, 2009

TRiMas TuK PerSeMBaHaN MeRDeKa 09!!!

TERIMA KASIH!!!


Thank kepada suma ahli kompang di atas persembahan yang tak kurang MELETOPNYA time perasmian hari merdeka Jumaat lepas..THANX25x



Oi..Saper yang pecahkan banyak belon tu?? ha3

SeLaMaT JoiN KoMPaNg KpD AhLi BaRu..ThAnX 2 SeNioR KoMPanG

Salam n Slamat Petang Suma..


Ucapan Selamat join Kompang Family tuk 8 orang ahli baru kompang..trima kasih kerana memberikan support tuk persatuan kompang IPGM K Kngau..Semoga komitmen anda berterusan n anda dpt plajari ilmu bru dr persatuan kompang..Dari pihak persatuan kami mengalu-alukan kemasukan anda dlm persatuan ini..

AHLI2 BARU KOMPANG











THANX tuk senior persatuan kompang yg bertukus lumus mengajar ahli2 baru..Thanx a lot!

Wednesday, August 12, 2009

PEMBERITAHUAN

Perhatian kepada semua ahli Persatuan Kompang IPGM Kampus Keningau.
Sukacita dimaklumkan pada 14 Julai 2009 ( Jumaat ) kita diminta untuk mengadakan persembahan sempena Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2009 Peringkat IPGM Kampus Keningau. Oleh demikian, semua ahli persatuan diminta hadir ke sesi latihan yang akan diadakan pada 13 Julai 2009 di Dewan Besar pada pukul 8.30 malam.

Diharap semua ahli dapat memberikan kerjasama dan memberikan sokongan anda kepada persatuan kita.

Segala jasa baik ahli persatuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillah.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Sekarang kita telah masuk ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.

Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.

Sehubungan dengan itu, “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 (lihat gambar) dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini. Sambutan ini akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata cadangan untuk mengadakan acara kemuncak sambutan itu di lokasi tertutup sebagai menghormati kehadiran Ramadan.

Beliau berharap semua agensi kerajaan, pejabat swasta, premis perniagaan dan kediaman akan mengibarkan bendera Malaysia sepanjang bulan Ogos. Rakyat Malaysia bukan tidak ada semangat patriotisme seperti rakyat Indonesia atau Thailand, tetapi mereka kurang berminat menggantung bendera. Setiap tahun kerajaan bersama agensi swasta terpaksa menggunakan pelbagai cara supaya rakyat melontarkan semangat patriotisme yang berkobar-kobar di dada dalam bentuk bendera.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja MERDEKA selama 52 tahun, sedangkan hampir 446 tahun kita dijajah oleh penjajah. Justeru itu, hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi.

Negara sudah 52 tahun merdeka, adakah minda kita juga sudah MERDEKA atau minda kita masih dijajah ???