Thursday, May 27, 2010

Selamat bercuti!!=)

Salam ukhwah kpd suma..

Mau ckp sket, SLMT BERCUTI PADA SUMA KOMPANG'S FAMILY...bgtu juga ngn kgkwn kt luar sana..


Jdikan cuti ni sbg satu kngn terindah bersama kuarga..lama da xblik kan??
So...blik nti rjin2 la tlg mak bapak apa yg ptut..ni jga dtujukan kepada diri sndiri..huhuhu..



K la..ni jak sbnrnya tjuan update blog kali ni..
Akhir kata, salam satu malaysia...=)
p/s : blik nti jgn lupa bw ole2 utk kgwkn..sj,mau eratkan silaturrahim..

Tuesday, May 25, 2010

Kenangan Lalu diimbas kembali..

Salam ukhwah dan salam satu malaysia..

Dalam keBZan suma urg xam, hemm..nmpknya msih ada lagi insan yg mmpunyai ksmptn utk memPos entri bru..sepa la agknya tu ek?..fikir2kn lah..hehe..

Ok,ckup melalut..entri kali ni sbnrnya sj nk mgimbs kmbli bnda yang dah llu, tp mc segar kt ingatan ni..kira kenangan trindah la tu kan..stuju x??

Bha, kta lyn jak la gmba ni..

Mkn2 ni smpna mjlis prpisahn ngn pgrusi yang kami sygi..Abe Akmal..huhu..









Haa,ni gambo 3 'kamceng' Kompng..(bez fren ke?)



Lyn aktiviti 'besar' kitorg..Smbutan Jubli Perak IP..


Ambooii.manisnya..



Haa..cntik x? kompom kacak..huhu..



Peaceeee....

Bila la lagi agknya kta dpt kumpl rmai2 cmni..p xpa..ada bbrpa thun g kt cni..insyaALLAH..

Moga entri bru ni bermkna la tuk kta suma..

Akhir kata, assalamualaikum...salam 1 dunia..

Sunday, November 8, 2009

XPDC HIDUP AKU DAN AKMAL DIKONKLUSI

Menggamit memori di lubuk hati,
Pemergianmu ku tangisi,
kehilanganmu dirasai.
Tanpamu ku sepi. Semoga persahabatan kekal abadi,
Suci abadi di bawh naugan Ilahi.
Semoga impianmu dapat kau kecapi.
Semalam kita bersama meniti hari..
Tapi kini kau meninggalkan aku sendiri.
tiada temanku makan di bakso lagi,
Dalam DOTA ku mati sendiri,
xdapat ak lumba motor lagi.
kelunakan dengkurmu tidak kudengari,
Keenakan maggi tidak dapat ku kongsi,
K-BOX kini sunyi sepi,
Kompang tergantung tidak berbunyi,
Xda lagi main ping pong sampai tiga pagi,
Xdapat masak sebb dia chef kami,
nasi lemak dah xda sape nak beli.
tinggal SI BLACKIE temanku tgk movie,
SUBRI...air xkan tumpah lagi,
dadaku sesak sebab da xdapat nak pau premiummu lagi,
movie hindi aku bagi kat si AMRI,
sbb tanpamu siapa lagi nak tgk hindi.
Maafkanku, Tkah x terjaga aku sendiri,
hari-hari aku makan nasi basi,
kerana tiada temanku pau si HAMIM KFC.
YES!!!! Xda lagi yg curi buah aku di Barn Buddy,
Dia xkan baca harakah lagi,
sebab terpaksa pangkah kerajaan bla jadi cikgu nnt.
Ekspidisi hidup kau dan aku...sudah ku konklusi,
jgan kau baca gelak sendiri.
PEPEPUN JGN LUPE KAMI BILE DA ADE GAJI NANTI.
HIHIHIHIHIIIIIII








Selamat jalan Saudara Akmal semoga dapat posting ke Labuan nnti.....

Yang xda otak tulis pakai kaki,
SAHABAT MU SEBERUS GIGI ( KHALID )

Friday, November 6, 2009

jom klik dan jadi member...nikmati pulangannya!!!!!!!!!!!!!!!!!

http://www.dapatwang.com/?id=bonging

Wednesday, November 4, 2009

UcaPaN "GuD LuCk" TuK KoMPaNg FaMiLy

Salam n Hai semua..







Kesempatan diambil tuk mengucapkan Gud LucK! tuk suma kompang family dlm ezam final..StuDy Smart n Slamat Mnjawab semua..ANDA BOLEH!!!!


JAMUAN AKHIR TAHUN akan diadakan pada hari Jumaat ini 6.11.09 pada pukul 8.30mlm...Semua KoMPaNg FaMiLy dijemput hadir..Hadir jgn xhadir....hadir k!





By

AJK Iklan huahuahua..

Thursday, October 22, 2009

SeGMeN LiRiK LaGu 2^^^



Lirik Lagu Kompang Dipalu




Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman


Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga manggar indah berseri

Oh….. senyum tawa dan gembira
Sanak saudara semua oh indahnya

Merahnya inai di jari
Tanda kasih dah termateri
Ikatan raja sehari


Oh…. Hari yang dinanti-nanti
Sudahlah menjelma kini kekal dan abadi

Selamat pengantin baru
Moga kekal ke anak cucu
Selamat pengantin baru





D atas tu gambar hiasan sja ya..just hiasan k

By

AJK InFo KoMPanG la.. sapa lg?? wakakaka

InFo SeMiNiT "aLaT MuZiK TraDiSioNaL"....JoM TeNgoK



Gambus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah.
Sape
Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sape dipetik menggunakan jari. Kemudian jari tangan yang satu lagi menekan tali-tali pada batangnya. Melodi hanya dimainkan oleh satu tali sahaja. Tali yang tiga hanya menghasilkan dengung. Sape dimainkan untuk hiburan, mengiringi upacara berubat dan mengiringi persembahan tarian tradisional seperti ngajat.
Sape mempunyai empat utas tali
Rebab
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu. Ia dikenali juga dengan nama �anak umbang� di kalangan bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut �main peteri�. Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang. Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan kepala. Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm. terdapat nama-nama khususnya yang diberikan pada bahagian-bahagiannya. Digunakan juga sebagai alat untuk permainan muzik tradisi di samping menjadi alat penting di dalam permainan Mak Yong hinggakan dalam permainan tersebut terdapat satu babak dipermulaannya yang dikenali sebagai �menghadap rebab�.
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu.



By,

Perpustakaan Awam Kedah

Monday, October 12, 2009

MISI TELAH TERCAPAI. KITA MAJU SELANGKAH KE HADAPAN.

Pada 11 Oktober 2009 ( Ahad ), beberapa ahli dari Persatuan Kompang IPGM Kampus Keningau telah menggegarkan Kampung Kota Ayangan, Keningau dengan ukiran rentak paluan kompang kita.

Pasukan yang diketuai oleh saudara Akmal Bin Md. Rodzee,telah memeriahkan sebuah majlis perkahwinan di kampung tersebut.Lagu-lagu yang mereka bawakan dalam perarakan sepanjang 1 kilometer ialah lagu berarak dan lagu selamat pengantin baharu.
Tambahan Encik Jupili ( penduduk Kampung Kota Ayangan ), walaupun beliau tidak melihat sendiri pasukan mana yang bermain kompang akan tetapi beliau dapat meneka bahawa rentak paluan kompang yang didengar ialah paluan kompang daripada Persatuan IPGM Kampus Keningau. Penduduk Kota Ayangan juga ada menyatakan berkeinginan untuk menggunakan khidmat persatuan kita kelak. Ini menunjukkan bahawa persatuan kita agak dikenali oleh penduduk sekitar Keningau. Apa yang lagi membanggakan kita sudah pun menjadi trademark kepada IPGM kita yang tercinta ini.

Oleh yang demikian, misi untuk membawa persatuan untuk membuat persembahan diluar telah tercapai. Terima kasih kepada semua ahli kompang yang berkerja keras dan hasil dari titik peluh anda semua kita berjaya sekali lagi melangkah setapak ke hadapan.

Pada akhir ucapan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli kompang daripada saudara Akmal Bin Md. ROdzee, ahli dari PISMP Bahasa Melayu, ahli dari PISMP Pra Sekolah, ahli dari PISMP Pemulihan, ahli dari PISMP Kajian Sosial, serta ahli-ahli daripada opsyen yang tidak tersebut oleh saya. Jasa bakti, pengalaman dan pergorbanan anda semua akan sentiasa bersemadi di dalam lubuk hati saya. Diharap semua ahli tidak lagi menoleh ke belakang, sebaliknya meraih apa yang menunggu kita di hadapan.

Sekian, terima kasih.


Saudara Mohd Khalid Bin Jasmi