Thursday, October 22, 2009

SeGMeN LiRiK LaGu 2^^^



Lirik Lagu Kompang Dipalu




Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman


Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga manggar indah berseri

Oh….. senyum tawa dan gembira
Sanak saudara semua oh indahnya

Merahnya inai di jari
Tanda kasih dah termateri
Ikatan raja sehari


Oh…. Hari yang dinanti-nanti
Sudahlah menjelma kini kekal dan abadi

Selamat pengantin baru
Moga kekal ke anak cucu
Selamat pengantin baru





D atas tu gambar hiasan sja ya..just hiasan k

By

AJK InFo KoMPanG la.. sapa lg?? wakakaka

InFo SeMiNiT "aLaT MuZiK TraDiSioNaL"....JoM TeNgoK



Gambus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah.
Sape
Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sape dipetik menggunakan jari. Kemudian jari tangan yang satu lagi menekan tali-tali pada batangnya. Melodi hanya dimainkan oleh satu tali sahaja. Tali yang tiga hanya menghasilkan dengung. Sape dimainkan untuk hiburan, mengiringi upacara berubat dan mengiringi persembahan tarian tradisional seperti ngajat.
Sape mempunyai empat utas tali
Rebab
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu. Ia dikenali juga dengan nama �anak umbang� di kalangan bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut �main peteri�. Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang. Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan kepala. Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm. terdapat nama-nama khususnya yang diberikan pada bahagian-bahagiannya. Digunakan juga sebagai alat untuk permainan muzik tradisi di samping menjadi alat penting di dalam permainan Mak Yong hinggakan dalam permainan tersebut terdapat satu babak dipermulaannya yang dikenali sebagai �menghadap rebab�.
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu.



By,

Perpustakaan Awam Kedah

Monday, October 12, 2009

MISI TELAH TERCAPAI. KITA MAJU SELANGKAH KE HADAPAN.

Pada 11 Oktober 2009 ( Ahad ), beberapa ahli dari Persatuan Kompang IPGM Kampus Keningau telah menggegarkan Kampung Kota Ayangan, Keningau dengan ukiran rentak paluan kompang kita.

Pasukan yang diketuai oleh saudara Akmal Bin Md. Rodzee,telah memeriahkan sebuah majlis perkahwinan di kampung tersebut.Lagu-lagu yang mereka bawakan dalam perarakan sepanjang 1 kilometer ialah lagu berarak dan lagu selamat pengantin baharu.
Tambahan Encik Jupili ( penduduk Kampung Kota Ayangan ), walaupun beliau tidak melihat sendiri pasukan mana yang bermain kompang akan tetapi beliau dapat meneka bahawa rentak paluan kompang yang didengar ialah paluan kompang daripada Persatuan IPGM Kampus Keningau. Penduduk Kota Ayangan juga ada menyatakan berkeinginan untuk menggunakan khidmat persatuan kita kelak. Ini menunjukkan bahawa persatuan kita agak dikenali oleh penduduk sekitar Keningau. Apa yang lagi membanggakan kita sudah pun menjadi trademark kepada IPGM kita yang tercinta ini.

Oleh yang demikian, misi untuk membawa persatuan untuk membuat persembahan diluar telah tercapai. Terima kasih kepada semua ahli kompang yang berkerja keras dan hasil dari titik peluh anda semua kita berjaya sekali lagi melangkah setapak ke hadapan.

Pada akhir ucapan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli kompang daripada saudara Akmal Bin Md. ROdzee, ahli dari PISMP Bahasa Melayu, ahli dari PISMP Pra Sekolah, ahli dari PISMP Pemulihan, ahli dari PISMP Kajian Sosial, serta ahli-ahli daripada opsyen yang tidak tersebut oleh saya. Jasa bakti, pengalaman dan pergorbanan anda semua akan sentiasa bersemadi di dalam lubuk hati saya. Diharap semua ahli tidak lagi menoleh ke belakang, sebaliknya meraih apa yang menunggu kita di hadapan.

Sekian, terima kasih.


Saudara Mohd Khalid Bin Jasmi

Sunday, October 11, 2009

UcaPaN "TeRiMa KaSiH" WaRGa KoTa AyaNgaN!!!!!

Salam n Hai Semua...

Makcik Jainah n Pakcik Bakar mewakili warga Kota Ayangan mengucapkan Terima Kasih kepada ahli kompang n warga IPGM yg terlibat di dalam majlis perkahwinan 11 okt 2009....





Dimulakan dengan perarakan motorist2 gabungan pelatih IPGM n warga Kota Ayangan di barisan hadapan perarakan pengantin,,meriah dengan deruan enjin moto rempeterz..Preeeng Prennnggg!!!!






Pemegang bunga manggar c Otok n PalVee bersama pasukan kompang lelaki yg turut di join oleh Kerok n Tom yg xsmpat tukar bju batik hehe..Perarakan 1km ke rumah pengantin memang mantap berabes n menguji keringat barisan kedua perarakan..hehe






Turut di join oleh 3 ahli kompang wanita c Anma, RaimaH n NaNa..Ucapan Thanx tuk BOY yg sudi jadi JuruGambar tanPa Dibayar..Tahnx boy jasamu dikenang hehe..Pak2 Pung2 "Jauh Lagi ke Ni Oii?!!!"






Pelatih2 IPGM lelaki mengambil kesempatan bergambar dengan Raja Sehari menyebabkan aura nak berkahwin semakin meresap ke dalam diri hahaha..Sempat jgk sebahagian dieorang bekaraoke lepas kompang dgn tangan yg merah n bergegar hehe...




Turn Pelatih IPGM Keningau Prempuan plak bergambar dengan pengantin dengan pose yg agak ayu hampir2 mengalahkan pengantin yg bersanding tersebut..




Tahniah n thanxx tuk semuaaa..jasamu dkenang!!!!!


bY KoMPanG_FaMiLy