Sunday, November 8, 2009

XPDC HIDUP AKU DAN AKMAL DIKONKLUSI

Menggamit memori di lubuk hati,
Pemergianmu ku tangisi,
kehilanganmu dirasai.
Tanpamu ku sepi. Semoga persahabatan kekal abadi,
Suci abadi di bawh naugan Ilahi.
Semoga impianmu dapat kau kecapi.
Semalam kita bersama meniti hari..
Tapi kini kau meninggalkan aku sendiri.
tiada temanku makan di bakso lagi,
Dalam DOTA ku mati sendiri,
xdapat ak lumba motor lagi.
kelunakan dengkurmu tidak kudengari,
Keenakan maggi tidak dapat ku kongsi,
K-BOX kini sunyi sepi,
Kompang tergantung tidak berbunyi,
Xda lagi main ping pong sampai tiga pagi,
Xdapat masak sebb dia chef kami,
nasi lemak dah xda sape nak beli.
tinggal SI BLACKIE temanku tgk movie,
SUBRI...air xkan tumpah lagi,
dadaku sesak sebab da xdapat nak pau premiummu lagi,
movie hindi aku bagi kat si AMRI,
sbb tanpamu siapa lagi nak tgk hindi.
Maafkanku, Tkah x terjaga aku sendiri,
hari-hari aku makan nasi basi,
kerana tiada temanku pau si HAMIM KFC.
YES!!!! Xda lagi yg curi buah aku di Barn Buddy,
Dia xkan baca harakah lagi,
sebab terpaksa pangkah kerajaan bla jadi cikgu nnt.
Ekspidisi hidup kau dan aku...sudah ku konklusi,
jgan kau baca gelak sendiri.
PEPEPUN JGN LUPE KAMI BILE DA ADE GAJI NANTI.
HIHIHIHIHIIIIIII








Selamat jalan Saudara Akmal semoga dapat posting ke Labuan nnti.....

Yang xda otak tulis pakai kaki,
SAHABAT MU SEBERUS GIGI ( KHALID )

Friday, November 6, 2009

jom klik dan jadi member...nikmati pulangannya!!!!!!!!!!!!!!!!!

http://www.dapatwang.com/?id=bonging

Wednesday, November 4, 2009

UcaPaN "GuD LuCk" TuK KoMPaNg FaMiLy

Salam n Hai semua..







Kesempatan diambil tuk mengucapkan Gud LucK! tuk suma kompang family dlm ezam final..StuDy Smart n Slamat Mnjawab semua..ANDA BOLEH!!!!


JAMUAN AKHIR TAHUN akan diadakan pada hari Jumaat ini 6.11.09 pada pukul 8.30mlm...Semua KoMPaNg FaMiLy dijemput hadir..Hadir jgn xhadir....hadir k!





By

AJK Iklan huahuahua..

Thursday, October 22, 2009

SeGMeN LiRiK LaGu 2^^^



Lirik Lagu Kompang Dipalu




Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman


Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga manggar indah berseri

Oh….. senyum tawa dan gembira
Sanak saudara semua oh indahnya

Merahnya inai di jari
Tanda kasih dah termateri
Ikatan raja sehari


Oh…. Hari yang dinanti-nanti
Sudahlah menjelma kini kekal dan abadi

Selamat pengantin baru
Moga kekal ke anak cucu
Selamat pengantin baru





D atas tu gambar hiasan sja ya..just hiasan k

By

AJK InFo KoMPanG la.. sapa lg?? wakakaka

InFo SeMiNiT "aLaT MuZiK TraDiSioNaL"....JoM TeNgoK



Gambus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah.
Sape
Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sape dipetik menggunakan jari. Kemudian jari tangan yang satu lagi menekan tali-tali pada batangnya. Melodi hanya dimainkan oleh satu tali sahaja. Tali yang tiga hanya menghasilkan dengung. Sape dimainkan untuk hiburan, mengiringi upacara berubat dan mengiringi persembahan tarian tradisional seperti ngajat.
Sape mempunyai empat utas tali
Rebab
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu. Ia dikenali juga dengan nama �anak umbang� di kalangan bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut �main peteri�. Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang. Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan kepala. Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm. terdapat nama-nama khususnya yang diberikan pada bahagian-bahagiannya. Digunakan juga sebagai alat untuk permainan muzik tradisi di samping menjadi alat penting di dalam permainan Mak Yong hinggakan dalam permainan tersebut terdapat satu babak dipermulaannya yang dikenali sebagai �menghadap rebab�.
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu.



By,

Perpustakaan Awam Kedah

Monday, October 12, 2009

MISI TELAH TERCAPAI. KITA MAJU SELANGKAH KE HADAPAN.

Pada 11 Oktober 2009 ( Ahad ), beberapa ahli dari Persatuan Kompang IPGM Kampus Keningau telah menggegarkan Kampung Kota Ayangan, Keningau dengan ukiran rentak paluan kompang kita.

Pasukan yang diketuai oleh saudara Akmal Bin Md. Rodzee,telah memeriahkan sebuah majlis perkahwinan di kampung tersebut.Lagu-lagu yang mereka bawakan dalam perarakan sepanjang 1 kilometer ialah lagu berarak dan lagu selamat pengantin baharu.
Tambahan Encik Jupili ( penduduk Kampung Kota Ayangan ), walaupun beliau tidak melihat sendiri pasukan mana yang bermain kompang akan tetapi beliau dapat meneka bahawa rentak paluan kompang yang didengar ialah paluan kompang daripada Persatuan IPGM Kampus Keningau. Penduduk Kota Ayangan juga ada menyatakan berkeinginan untuk menggunakan khidmat persatuan kita kelak. Ini menunjukkan bahawa persatuan kita agak dikenali oleh penduduk sekitar Keningau. Apa yang lagi membanggakan kita sudah pun menjadi trademark kepada IPGM kita yang tercinta ini.

Oleh yang demikian, misi untuk membawa persatuan untuk membuat persembahan diluar telah tercapai. Terima kasih kepada semua ahli kompang yang berkerja keras dan hasil dari titik peluh anda semua kita berjaya sekali lagi melangkah setapak ke hadapan.

Pada akhir ucapan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli kompang daripada saudara Akmal Bin Md. ROdzee, ahli dari PISMP Bahasa Melayu, ahli dari PISMP Pra Sekolah, ahli dari PISMP Pemulihan, ahli dari PISMP Kajian Sosial, serta ahli-ahli daripada opsyen yang tidak tersebut oleh saya. Jasa bakti, pengalaman dan pergorbanan anda semua akan sentiasa bersemadi di dalam lubuk hati saya. Diharap semua ahli tidak lagi menoleh ke belakang, sebaliknya meraih apa yang menunggu kita di hadapan.

Sekian, terima kasih.


Saudara Mohd Khalid Bin Jasmi

Sunday, October 11, 2009

UcaPaN "TeRiMa KaSiH" WaRGa KoTa AyaNgaN!!!!!

Salam n Hai Semua...

Makcik Jainah n Pakcik Bakar mewakili warga Kota Ayangan mengucapkan Terima Kasih kepada ahli kompang n warga IPGM yg terlibat di dalam majlis perkahwinan 11 okt 2009....





Dimulakan dengan perarakan motorist2 gabungan pelatih IPGM n warga Kota Ayangan di barisan hadapan perarakan pengantin,,meriah dengan deruan enjin moto rempeterz..Preeeng Prennnggg!!!!






Pemegang bunga manggar c Otok n PalVee bersama pasukan kompang lelaki yg turut di join oleh Kerok n Tom yg xsmpat tukar bju batik hehe..Perarakan 1km ke rumah pengantin memang mantap berabes n menguji keringat barisan kedua perarakan..hehe






Turut di join oleh 3 ahli kompang wanita c Anma, RaimaH n NaNa..Ucapan Thanx tuk BOY yg sudi jadi JuruGambar tanPa Dibayar..Tahnx boy jasamu dikenang hehe..Pak2 Pung2 "Jauh Lagi ke Ni Oii?!!!"






Pelatih2 IPGM lelaki mengambil kesempatan bergambar dengan Raja Sehari menyebabkan aura nak berkahwin semakin meresap ke dalam diri hahaha..Sempat jgk sebahagian dieorang bekaraoke lepas kompang dgn tangan yg merah n bergegar hehe...




Turn Pelatih IPGM Keningau Prempuan plak bergambar dengan pengantin dengan pose yg agak ayu hampir2 mengalahkan pengantin yg bersanding tersebut..




Tahniah n thanxx tuk semuaaa..jasamu dkenang!!!!!


bY KoMPanG_FaMiLy

Saturday, September 19, 2009

Ucapan 1 Syawal Kawan

Bila kita ucap "Selamat Hari Raya", mungkin dah tergambar kampung halaman, sanak sedara, pulang beraya bersama...... agaknye lah yer....

bila kita ucap "Salam Aidilfitri", mungkin terbayang 1 syawal, juadah hari raya yang terhidang, ketupat lemang dan bermacam lagi..... agaknye lah yer....

bila kita ucap " 'Eid mubarak", mungkin terbayang menyambut hari kemenangan setelah berjaya menempuh sebulan ramadhan..... agaknye lah yer....

bila kita ucap "Minal 'aaidin wal faaiziin", mungkin terbayang pengharapan kembali kepada fitrah dan kemenangan setelah berusaha sepanjang sebulan ramadhan..... agaknye lah yer....

Kecuali lah kalau kita dok sebut-sebut perkataan atau ucapan dalam bahasa asing yang tak difahami....

macam kalau ada orang yang menyanyi lagu raya, dan ada menyebut "minal aidin wal faizin", sambil berada di atas pentas dengan pakaian yang tak menutup aurat....

hehe, tak lawak ker?

erm, kalu pikir balik, tak rasa lawak kot.... rasa kesian ada la....

Sooo.....

terpikir lah pulak, satu soalan....

soalan direct, yang amat mudah.....

tapi bila dipikirkan, adakah kita ada jawapannya??

Untuk apa kita sambut hari raya?

ataupun, dengan kata lain,

Apa sebenarnya yang kita rayakan?


Ada jawapannya?

boleh kemukakan jawapannya sekarang, secara sepontan?

ini soalan direct, bukan trick question, takde trick apa-apa.....

so, apa jawapan anda?


Andai kata, kita terpaksa pikir panjang, atau ambil masa yang lama untuk menjawab soalan direct tadi tu, then itu adalah petanda kita tak tahu atau tak jelas kenapa sebenarnya kita sendiri berhari raya....

ye dak? ( betul ke sebut ni bro heheheh )

sungguhpun kita dah beraya sakan bebaru nih, namun kita sendiri tak tahu kenapa kita berhari raya......

kita tak tahu apa sebenarnya yang kita rayakan.....

betul ke?


Kalau lah kita tergolong dalam golongan yang sedemikian, maka, dengan sebab itu lah kita bakal tidak dapat menjawab soalan rentetan daripada soalan tadi tu....

Macam mana kita merayakannya?



sebenarnya, soalan ni tak perlu pikir panjang apakah jawapannya....

sebab...

perlakuan kita sendiri tatkala kita menyambut 1 syawal baru-baru nih telah memberikan jawapannya....

betul dak?

adakah kita bersemangat bertakbir sesama pada malam raya tu?

ataupun adakah kita sibuk bakar lemang pada malam tu?

ataupun adakah kita sesama main bunga api dan mercum pada malam tu?

adakah kita semangat subuh kat masjid dan bertakbir lagi pada pagi raya tu?

ataupun adakah kita subuh gajah akibat tidur lambat pada pagi raya tu?

ataupun adakah kita burn terus subuh tu pasal baru tido pukul 5 pagi pada pagi raya tu?

adakah kita rasa semangat dan puas hati dengan usaha sepanjang ramadhan pada hari raya tu?

ataupun adakah kita seronok beraya sakan dengan hiburan yang bermacam pada hari raya tu?

ataupun adakah kita dok ligat ke sana sini mengumpul duit raya pada hari raya tu?



agaknya....

boleh ke kita explain, kepada diri kita sendiri, kenapa sebenarnya kita menyambut hari raya sepertimana yang kita telah sambut pada hari raya tak sempai sebulan lepas?

sekadar dialog dalam diri sendiri sebenarnya.....

bukan untuk menunding kat orang lain atau sesapa....

tapi jelasnya....

kalu kita tak tahu kenapa kita perbuat sesuatu tu, nescaya kita pun tak tahu bagaimana caranya kita sepatutnya melakukan perkara tersebut....

ye dak?

maka....

kita pun akan hentak kromo ikut sajalah apa dan macam mana orang semua buat....

macam jugak bagaimana kita sambut hari raya baru ni....

dan tahun-tahun terdahulu jugak kot....

Hmmmm.....

agak-agaknye lah kan....

kalu Rasulullah tengok kita hari ni, dalam hidup sehari-hari....

dalam kita sambut hari raya tempoh hari, contohnya....

agaknyer apa perasaan dia yer?


Hmmmm....... (~ mengeluh panjang ~)

itu lah diri kita hari ini.....

tapi, mengeluh saja pun takde hasil pape pun....

maka....

bagi kita yang kalu bermasalah untuk menjawab soalan-soalan macam tadi tu.....

sesama lah kita mendapatkan jawapannya.....

bertanya kat memana, belajar kat memana, mengaji kat memana, join usrah kat memana.....

apa-apa lah, asal kita make the effort jadikan diri kita makin jelas, makin baik.....

bagi yang takde masalah dengan soalan-soalan camtu, yang dah jelas dan faham pulak....

jangan dok sengeh-sengeh tengok saja orang-orang lain yang dok meraba-raba tak jumpa jalan nih....

buat apa yang patut, usahakan supaya yang lain pun sesama jelas dan faham....



wallahu a'lam

Daripada...
Taukeh K-Box hahahaha

Friday, September 18, 2009

BeSaR TaPaK TaNgaN..KoMPaNg KaMi TaDahKaN!!

KOMITMEN ANDA KEBANGGAAN KAMI!

Selamat join KoMPaNg FaMiLy diucapkan kepada 2 orang ahli baharu..sowi agak terlewat nak upload gambar anda n gambarni mcm blur2 ckit, maklumla henpon murah haha3..





Ble tahan cepat dieorang dua ni belajar men kompang sekejapja dah bole tangkap..bagus2..Perkenalkan SyikiN n Hani..



Apapun thanx jgak 2 geng senior yang sedia menerima dan memberi tunjuk ajar..Mcm mana??? Best x dpt men kompang aritu? (soalan tuk geng baharu)


By,
Penaja KomPang :)

Monday, September 14, 2009

MaKaCheH BeBaNyaK TuK PerSeMBaHaN SeMPeNa PenuTuPan IHya RaMaDhaN..ThanX 2 aLL




Oi SaPe Yg PuKuL SiLaP Tu Ha!, he3























ApaPuN ThaNX A LoT KePaDa SeMua AhLI KoMPaNg Yg Buat PerSeMBaHan tuk MajLiS BeRBuKa..TaHNiaH N SyaBaS TuK SemUa....


Sori geng ni je gambar yg ada dr pengerusi..sape yg ad lg nti kta upload k..

By,

KoMPanG FaMiLy

RaYa DaH DeKaT Oiii...

^SeLaMat HaRi Raya Utuk SeMuA KomPanG FaMiLy Yg DiSaYanGi!!!!!!^^





UcaPan SeLaMaT BeRHoLiDaY!! utk anda semua..semoga cti ini lebih mengeratkan hubungan kita semua...


By

En MoDeRaToR ....Blok B

Wednesday, September 9, 2009

HuKuM HaRuS BaGi HiBuRan D DaLaM IslaM..By JAKIM

Sekadar Info Pada Anda Semua =)......



Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:



“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)



Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).


Dsediakan Oleh,

AJK InFo,
Bro Sub

SeGMeN LiRiK LaGu ^^^




Lagu : Lemak manis
Penyanyi : Roslan Madun

sopan -santun,
anak melayu,
senyum terukir...
senyum terukir ...
bila disapa.

dalam pantun,
kukirim rindu,
rindu mengalir...
rindu mengalir ...
di dalam kata.

chorus:-
(lemak manis...
alah amboi-amboi,
santan kelapa...
alah amboi-amboi,
kupandang- lah manis...
alah amboi-amboi,
anak siapa?... 2x

pohon sena,
pohon meranti,
di tengah-tengah ...
di tengah-tengah ...
buluh perindu.

adik di sana,
abang di sini,
di tengah-tengah ...
di tengah-tengah ...
rindu menderu.

(chorus)

hujan di hulu,
tak reda-reda,
ribut lah turun ...
ribut lah turun ...
bertalu- talu.

abang di hulu,
adik di kuala,
kuhanyut rindu ...
kuhanyut rindu ...
dalam perahu.

(chorus & end)

By

Bro Hameem :)

Tuesday, September 1, 2009

SaJak KOmPanG.. Tuk DiHayaTi

Sajak Puitis;



KOMPANG

Engkau telah masuk ke alam bunyi,
kompang yang lama tergantung sepi.

Engkau bertingkah dengan sunyi,
dengan zikir-zikir nisbi.

Engkau sentiasa menunggu dipalu,
dengan lagu-lagu memuji.

Kini siapakah yang dapat menafikan,
ada getar pedih pada kulit tercarik.

Jeritan kompang terhenti,
mendengar rintih seruling menyihir malam.



Dicipta oleh,
SHAPIAI MUHAMMAD RAMLY
Batu Pahat, Johor.

Wednesday, August 26, 2009

"KeleBiHaN BerPuaSa"

Salam muhibbah semua :)

Selamat berpuasa kepada yg beragama Islam, jangan ponteng puasa tau nti xleh raya he3..



Kelebihan puasa dari kajian sains
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.”(Surah Al-Baqarah;183)


Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan.

Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996.

Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.Hasil kajian tersebut mendapati berpuasa dapat merawat beberapa jenis penyakit ,antaranya
menurunkan gula darah, tekanan darah,dan berat badan.

Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika;
“Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa

Thursday, August 20, 2009

UcaPaN "SALAM RAMADHAN" tuk suma KomPang FaMiLY..


Ramadhan tiba, ramadhan tiba,
Marhaban ya Ramadhan, Marhaban ya ramadhan,


Mcm kenal je lirik lagu kat atas tu :S



Dari meja MoDeRaTor mewakili organisasi Persatuan Kompang IPGM Kam. Keningau mengucapkan Salam Ramadhan tuk anda semua..Slamat berpuasa, Puasa jgn x puasa2x..

SELAMAT BERCUTI n Enjoy Ur Holiday...JuMPa Lagi

Wednesday, August 19, 2009

PeRsaTuan KomPanG S.K. Kg. Biah, Adik Angkat Kita!

BeriTa TerKinI..


Persatuan Kompang S.K. Kg Biah telah ditubuhkan pada 21 Julai 2009 bersama-sama oleh pelatih IPGM Kam Keningau dan guru penasihatnya Cikgu Shawal B Mokhtar. Persatuan ini dianggotai oleh 10 orang ahli yang terdiri daripada murid-murid tahun 4 Sek. Keb. Kg Biah, Keningau. Kemahiran lagu asas seperti asembel, berarak dan kacang gorang telah dikuasai dengan baik oleh ahli-ahlinya. Sesi pengukuhan diteruskan oleh ahli persatuan Kompang IPGM yang sedang PBS di sana.


(Ahli persatuan kompang S.K. Kg. Biah)

Penasihatnya Cikgu Shawal B Mokhtar meminta kerjasama pihak Persatuan Kompang IPGM untuk terus menjalinkan kerjasama dengan menjadikan persatuan kompang S.K. Kg Biah sebagai adik angkat kepada Persatuan Kompang IPGM Kam Keningau, Sabah. TAHNIAH kepada Kompang Family, kita telah lebarkan sayap..


(Pelatih IPGM yg berpraktikum dan PBS d S.K. Kg. Biah, Keningau, Sabah)


Disediakan oleh;

SuBRi,
AJK Info Kompang

Monday, August 17, 2009

TRiMas TuK PerSeMBaHaN MeRDeKa 09!!!

TERIMA KASIH!!!


Thank kepada suma ahli kompang di atas persembahan yang tak kurang MELETOPNYA time perasmian hari merdeka Jumaat lepas..THANX25x



Oi..Saper yang pecahkan banyak belon tu?? ha3

SeLaMaT JoiN KoMPaNg KpD AhLi BaRu..ThAnX 2 SeNioR KoMPanG

Salam n Slamat Petang Suma..


Ucapan Selamat join Kompang Family tuk 8 orang ahli baru kompang..trima kasih kerana memberikan support tuk persatuan kompang IPGM K Kngau..Semoga komitmen anda berterusan n anda dpt plajari ilmu bru dr persatuan kompang..Dari pihak persatuan kami mengalu-alukan kemasukan anda dlm persatuan ini..

AHLI2 BARU KOMPANG











THANX tuk senior persatuan kompang yg bertukus lumus mengajar ahli2 baru..Thanx a lot!

Wednesday, August 12, 2009

PEMBERITAHUAN

Perhatian kepada semua ahli Persatuan Kompang IPGM Kampus Keningau.
Sukacita dimaklumkan pada 14 Julai 2009 ( Jumaat ) kita diminta untuk mengadakan persembahan sempena Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2009 Peringkat IPGM Kampus Keningau. Oleh demikian, semua ahli persatuan diminta hadir ke sesi latihan yang akan diadakan pada 13 Julai 2009 di Dewan Besar pada pukul 8.30 malam.

Diharap semua ahli dapat memberikan kerjasama dan memberikan sokongan anda kepada persatuan kita.

Segala jasa baik ahli persatuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillah.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Sekarang kita telah masuk ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.

Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.

Sehubungan dengan itu, “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 (lihat gambar) dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini. Sambutan ini akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata cadangan untuk mengadakan acara kemuncak sambutan itu di lokasi tertutup sebagai menghormati kehadiran Ramadan.

Beliau berharap semua agensi kerajaan, pejabat swasta, premis perniagaan dan kediaman akan mengibarkan bendera Malaysia sepanjang bulan Ogos. Rakyat Malaysia bukan tidak ada semangat patriotisme seperti rakyat Indonesia atau Thailand, tetapi mereka kurang berminat menggantung bendera. Setiap tahun kerajaan bersama agensi swasta terpaksa menggunakan pelbagai cara supaya rakyat melontarkan semangat patriotisme yang berkobar-kobar di dada dalam bentuk bendera.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja MERDEKA selama 52 tahun, sedangkan hampir 446 tahun kita dijajah oleh penjajah. Justeru itu, hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi.

Negara sudah 52 tahun merdeka, adakah minda kita juga sudah MERDEKA atau minda kita masih dijajah ???

Tuesday, July 14, 2009

TAHNIAH!!!!! Kepada ahli Persatuan Kompang Prasekolah

Setinggi-tinggi tahniah kepada ahli persatuan srikandi kita kerana menyertai Kursus Tarian bermula pada 14 Julai 2009. Ini dilihat merupakan satu titik permulaan bagi guru-guru Prasekolah mempelajari ilmu seni yang berguna kelak. Semoga srikandi persatuan kita dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang diperolehi sepanjang mengikuti kursus tersebut.

Saturday, April 25, 2009

InFo KomPanG KeDuA BersaMa SiFu KomPanG..

Hello n Salam My Dear Kompang Family

Bertujuan untuk mempelbagaikan bunyi, beberapa alat muzik sampingan disulam semasa permainan kompang bagi sesuatu pasukan; Haa inilah alat-alat muzik sampingan yang biasa disulam;




1. Kompang Pelbagai Saiz..Kompang Pelbagai saiz menghasilkan bunyi yang berbeza dan lebih menarik bagi sesuatu pasukan kompang.






2. Jidur. Kebanyakan kawasan dan majoriti pasukan kompang menggunaan Jidur. Pukulan jidur disulam sebagai bass yang menghasilkan bunyi yang lebih kuat.






3. Tamborine. Sebahagian pasukan kompang seperti di negeri sembilan menyulam bunyi Tamborine di dalam pukulan kompang. Tamborine dimain bersama pukulan kompang bertujuan merancakkan lagi bunyi alunan kompang.




InFo Oleh As SIFu_KoMPanG

Friday, April 24, 2009

TaHaP Air di IP KiTa OK ?? by Exco Kebajikan Kompang

Hello n Salam..

Soalan yg perit dan xthu nak dijawab..

1. Adakah air di ip kita selamat n baik???

Masalah sakit tekak n batuk yg sebahagian pelatih kita hadapi dikaitkan dengan air..Menurut Dr di Poliklinik Keningau masalah kesihatan yg dhadapi oleh member kita disebabkan air yg kurang bersih di IP.


Ubat-ubatan yang diperolehi time jumpa ngan doktor..






So.. adalah air kita bersih?? apapun sebagai langkah berwaspada kepada kompang family pastikan anda minum minuman yang bersih.. kalau boleh utk minum, air mineral diutamakan.. pastikan anda memilih yg terbaik utk diri anda...


By Exco Kebajikan Kompang 09

BisKoot Yg KiuT...By PakaR MaKaN KomPanG..

Salam n Hi to all kompang family...


Sory lmbt sket update tuk harini coz internet ad prob sket area cni pg td..Terimalah biskoot kiut





Biskoot kiut di acuan telur..bole makan tu..sedap taw..haha




Wah..siap nampak mata n mulut lg..sedapnya




Isk xsabar2 nak makan biskoot bayi di tangan ni..slruuup




Biskoot ni memang pelik sket tp bleyla dbuat peneman rindu kepada kanak2 kn??







By PaKaR_MaKaN_KoMPanG

Wednesday, April 22, 2009

BasiKaL MoDeN n TeRKiNi...By KoMPaNg MoDeN

Asa sesiapa yg Minat bawak basikal.. ready ada basikal2 baru sekarang di pasaran.. mgkin anak2 kita nti akan naik basikal2 yg jenis mcm ni..



Huh. cantik2



Wa.. moden2



Canggih oo



Menarik n tertarik





By KoMPaNg_MoDeN