Monday, October 12, 2009

MISI TELAH TERCAPAI. KITA MAJU SELANGKAH KE HADAPAN.

Pada 11 Oktober 2009 ( Ahad ), beberapa ahli dari Persatuan Kompang IPGM Kampus Keningau telah menggegarkan Kampung Kota Ayangan, Keningau dengan ukiran rentak paluan kompang kita.

Pasukan yang diketuai oleh saudara Akmal Bin Md. Rodzee,telah memeriahkan sebuah majlis perkahwinan di kampung tersebut.Lagu-lagu yang mereka bawakan dalam perarakan sepanjang 1 kilometer ialah lagu berarak dan lagu selamat pengantin baharu.
Tambahan Encik Jupili ( penduduk Kampung Kota Ayangan ), walaupun beliau tidak melihat sendiri pasukan mana yang bermain kompang akan tetapi beliau dapat meneka bahawa rentak paluan kompang yang didengar ialah paluan kompang daripada Persatuan IPGM Kampus Keningau. Penduduk Kota Ayangan juga ada menyatakan berkeinginan untuk menggunakan khidmat persatuan kita kelak. Ini menunjukkan bahawa persatuan kita agak dikenali oleh penduduk sekitar Keningau. Apa yang lagi membanggakan kita sudah pun menjadi trademark kepada IPGM kita yang tercinta ini.

Oleh yang demikian, misi untuk membawa persatuan untuk membuat persembahan diluar telah tercapai. Terima kasih kepada semua ahli kompang yang berkerja keras dan hasil dari titik peluh anda semua kita berjaya sekali lagi melangkah setapak ke hadapan.

Pada akhir ucapan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli kompang daripada saudara Akmal Bin Md. ROdzee, ahli dari PISMP Bahasa Melayu, ahli dari PISMP Pra Sekolah, ahli dari PISMP Pemulihan, ahli dari PISMP Kajian Sosial, serta ahli-ahli daripada opsyen yang tidak tersebut oleh saya. Jasa bakti, pengalaman dan pergorbanan anda semua akan sentiasa bersemadi di dalam lubuk hati saya. Diharap semua ahli tidak lagi menoleh ke belakang, sebaliknya meraih apa yang menunggu kita di hadapan.

Sekian, terima kasih.


Saudara Mohd Khalid Bin Jasmi

0 comments: