Saturday, April 18, 2009

InFo KomPanG MingGu Ini BersaMa SiFu KomPanG..Penting niee


SalaM MuhiBBah Kekanda n Adinda family kompang,,

Memandangkan jentera tertinggi xsempat nak bercerita info ttg kompang time training so kta salurkan di cni...Manala tau kalau org tanya apa2 psal kompang..kita sebagai ahli kompang dah ready dengan jawapan hehe2 (Payung diSedia Sblum Hujan)

Ni ada ckit info kompang dan teknik pembuatan kompang utk dikongsi;

1. Kompang merupakan alat muzik kaum Melayu yang terkenal dan sering digunakan untuk majlis perarakan sesebuah perkahwinan, perarakan tetamu terhormat serta majlis Marhaban.

2. Bingkai kompang atau BALOH BERBINGKAI dibuat dari kayu jenis keras seperti kayu Nangka manakala bunyi dari kompang (permukaan kompang) dihasilkan dari BELULANG KULIT KAMBING.

Kemudian kita lihat lak PROSES BUAT KOMPANG...

1. Kayu yang telah dipilih akan di bentuk menjadi bulat dan akan dijemur sebelum disapu lilin bagi mengelakkan keretakan pada kompang.

2. BELULANG KULIT KAMBING (kulit d permukaan kompang)yang telah dibuang bulunya akan diproses dahulu dengan bahan seperti air kapur, abu, sodium sulfida dan ammonia.

3. Apabila kulit tersebut sudah cukup kering, barulah kulit tersebut akan dipasang pada BALOH BERBINGKAI (bingkai kompang) menggunakan pelekat sebelum ditindih dengan paku supaya ketegangannya terjamin dan menghasilkan bunyi yang baik.

Kompang pn siap n boleh dipukul..Kini Permainan kompang ni telah tersebar luas dan dimainkan oleh pelbagai generasi dan lapisan masyarakat..

By SiFu_KoMPanG

0 comments: